KHALL MANNA 250 ML

RM46.90

KHALL MANNA formulasi makanan tambahan yang berasaskan Cuka Kurma bersama kebaikan gam manna yang merupakan antara sumber prebiotik yang terbaik bagi membantu memelihara kesihatan perut dan usus anda dengan berkesan.

ISI KANDUNGAN : 250ml

Muat turun eBook

Ramai di antara kita tidak ambil peduli dan menyedari akan kesihatan usus dan sistem penghadaman akan mempengaruhi kesihatan diri. Ini mungkin disebabkan faktor gaya hidup seharian anda.

Manna adalah Arabic Gum, sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel yang terdapat di negara Sudan.

Khasiat Manna juga ada dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat-57. Kaum Bani Israel telah menjadikan Manna ini sebagai makanan berkhasiat mereka pada ketika itu.

KHALL MANNA formulasi makanan tambahan yang berasaskan Cuka Kurma bersama kebaikan gam manna yang merupakan antara sumber prebiotik yang terbaik bagi membantu memelihara kesihatan perut dan usus anda dengan berkesan. Bersama gabungan Cuka Kurma, Delima, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus’sauda, Madu dan Garcinia Cambogia yang terbukti sarat dengan khasiat. Produk Khall Manna ternyata mampu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan anda secara menyeluruh.

“Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendaki-Nya. Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas dalam al-quran. Allah SWT telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak bukan sahaja kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan.

ISI KANDUNGAN

MANFAAT BAHAN

FAKTA NUTRISI

 

CARA PENGAMBILAN

SARANAN :

  • Goncang sebelum guna. Minum 1 sudu besar secara terus atau campurkan dengan segelas air suam. Sedap dihidang sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
  • Pengambilan adalah semasa perut kosong atau untuk pengguna yang mengalami masalah gastrik perlu diambil selepas makan dan amal dengan secara istiqamah.
  • Dimulakan dengan basmallah, selawat dan doa untuk kesembuhan. Insha Allah

CARA PENYIMPANAN

 

PENGIKTIRAFAN

SOALAN LAZIM

Berapa ml sebotol?
250ml bagi setiap botol Khall Manna

Apa itu Khal?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa inggeris dipanggil vinegar.

Apa itu Manna?
Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud ‘pemberian’ dari Allah SWT dan manna adalah sebaik-baik pemberian-Nya. Salah satu bahan yang dikatakan manna ialah dari satu pokok jenis Acacia Senegal dan ini sebenarnya adalah gum Arabic.

Berapa bulan penggunaan bagi sebotol?
Jika pengambilan sehari sekali dengan sukatan 10-15ml bagi setiap pengambilan, cukup untuk kegunaan 16 hari.

Untuk yang ambil ubat bolehkah amalkan Khall Manna?
Kalau ada ambil ubat hanya perlu jarakkan 30 minit masa pengambilan antara ubat dan Khall Manna.

Untuk yang ambil makanan tambahan (suplemen) lain boleh makan sekali dengan Khall Manna?
Boleh tiada masalah kerana makanan tambahan dari bahan alami jadi boleh diamalkan serentak pada satu masa.

Bagi yang ada masalah gastrik boleh amalkan Khall Manna ini? Sebab ia berasaskan cuka buahkan?
Ramai yang beranggapan pengambilan cuka boleh merosakkan lapisan dinding perut dan tidak sesuai bagi pesakit GASTRIK. Cuka adalah agen pembunuh bakteria Helicobacter Phylori yang menjadi menjadi punca utama kepada masalah gastrik dan ulser perut.

Adakah Khall Manna ada gula tambahan?
Tiada gula tambahan dalam Sakan Jabeen. Maksud ‘sugar’ yang tertera pada kotak ialah rasa manis berasal dari madu asli yang membekalkan gula kompleks, mineral dan enzim. Jadi selamat untuk diambil bagi yang bermasalah seperti Diabetes.

Bagaimana cara penyimpanan Sakan Jabeen?
Boleh disimpan dalam suhu peti ais atau suhu bilik. Namun digalakkan untuk disimpan di dalam peti ais agar lebih enak. Elakkan pertukaran suhu antara suhu peti ais dan suhu bilik yang terlalu lama.

Bagi ibu yang menyusukan anak boleh amalkan Khall Manna?
Pada ibu yang menyusu amatlah baik untuk amalkan Khall Manna kerana kandungan Cuka Buah, Madu Asli dan Minyak Kelapa Dara ianya dapat membantu melancarkan dan menambahkan lagi susu ibu dan membuatkan susu ibu menjadi lebih berkualiti dan berkhasiat untuk anak.

Bagaimana pula bagi ibu yang baru melahirkan anak (dalam pantang)?
Keistimewaan Cuka Buah yang terkandung dalam Khall Manna amat sesuai dan baik untuk ibu yang dalam pantang, mebantu mengecutkan rahim juga bertindak sebagai agen mencuci darah kotor dalam tubuh juga memberi tenaga pada ibu yang lemah.

Semasa proses pengambilan Khall Manna ini perlu berpantangkah?
Untuk mendapatkan kesihatan yang optimum seseorang itu perlu berdisiplin dalam menjaga polar pemakanan harian. Unit penasihat Kesihatan nr-bashirah akan panduan kesihatan beserta info.

Bagi yang tiada masalah kesihatan boleh amalkan Khall Manna ini?
Untuk kekal sihat badan seseorang memerlukan sumber makanan yang berkhasiat dan dalam masa yang sama digalakkan untuk menjadi amalan harian supaya tubuh kita kuat untuk melawan penyakit yang berjangkit kerana formulasi Khall Manna ini bersifat Antioksida, Vitamin dan Mineral yang baik untuk semua tubuh.

Apa tindakbalas sampingan di awal pengambilan Khall Manna?
Kemungkinan ada tindakbalas di awal pengambilan seperti berikut dan sekiranya berlaku ianya hanya sementara sahaja. Jika masih berterusan boleh dapatkan khidmat nasihat klinik berhampiran.

  • Kerap buang angin
  • Badan berbau
  • Badan berpeluh
  • Keletihan
  • Buang air besar lebih kerap

Apa perbezaan Khall Manna dengan cuka di pasaran?
Khall Manna ialah cuka buah kurma dalam bentuk formulasi gabungan dengan bahan-bahan alami yang lain dan cuka yang di pasaran ialah cuka mentah.

Apa manfaat cuka untuk diambil bagi semua peringkat usia?
KANAK-KANAK – menstabilkan emosi, membunuh kuman dan bakteria, meningkatkan tahap imunisasi badan, meningkatkan kecergasan dan kecerdasan, meningkatkan penyerapan kalsium yang membantu pembesaran anak-anak, digunakan secara luaran untuk membunuh kutu kepala
REMAJA – membantu menurunkan berat badan, memberi tenaga untuk kekal aktif, membantu masalah gangguan haid, digunakan secara luaran bagi menghilangkan jerawat, mengurangkan muka berminyak, membersihkan kulit wajah, menghilangkan bau badan, mengurangkan kelemumur dan keguguran rambut serta menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar.
WANITA – membantu menurunkan berat badan dan mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, meningkatkan tenaga dan kesegaran badan, menghilangkan kelesuan, melancarkan pengeluaran susu ibu, mengecutkan rahim dan mencegah pembengkakan dalaman (fibroid dan kanser)
LELAKI – menguatkan syahwat, mengembalikan tenaga, membersihkan perut dan usus, membersihkan ketoksikan darah.
WARGA EMAS – menurunkan kolesterol darah, menyeimbangkan paras gula darah, menstabilkan tekanan darah, mengatasi masalah sembelit, meningkatkan imunisasi badan, membersihkan ketoksikan darah, melegakan sakit-sakit sendi serta membersihkan perut dan usus

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KHALL MANNA 250 ML”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Assalam. Terima kasih kerana berminat dengan produk nr-bashirah. Boleh kami bantu tuan/puan?
Powered by