SAKANJABEEN 15 SACHET

RM90.00RM180.00

Kempen Ambang Akhir Tahun :

  • Beli 1 kotak Sakanjabeen sachet akan dapat HADIAH 1 Khall Dates Juice 250ML + 1 Khall Manna 250ml 😊
  • Beli 2 kotak Sakanjabeen sachet akan dapat HADIAH 2 Khall Dates Juice 250ml + 2 Khall Manna 250ml + 1 botol Uwais Pastil 😊

KHALL SAKAN JABEEN formula gabungan 4 cuka buah iaitu Cuka Kurma, Cuka Delima, Cuka Epal dan Cuka Lemon dalam bentuk jus yang diperkaya dengan makanan-makanan hebat seperti Kurma, Kacang Ginjal Putih, Halia, Bawang Putih, Madu dan Habatussauda serta ditambah nilai dengan perahan segar pati halia bara.

ISI KANDUNGAN : 15 sachet x 20ml

Muat turun eBook

Clear

“Mencegah lebih baik dari mengubati” – Pencegahan penyakit sebenarnya bermula sebelum ia dapat dikesan dengan segala teknologi yang ada. Apabila ia sudah dikesan, ia tidak lagi dikatakan mencegah.

Ramai yang nak tahu bagaimana hendak mencegah penyakit kronik seperti kolesterol dan serangan sakit jantung. Bagi individu yang berisiko tinggi, untuk mencegah penyakit dicadangkan pengambilan suplemen, selain dari mengubah cara hidup dengan penjagaan makanan, mengurangkan stress dan cuba melakukan senaman ringan.

KHALL SAKAN JABEEN formula gabungan 4 cuka buah iaitu Cuka Kurma, Cuka Delima, Cuka Epal dan Cuka Lemon dalam bentuk jus yang diperkaya dengan makanan-makanan hebat seperti Kurma, Kacang Ginjal Putih, Halia, Bawang Putih, Madu dan Habatussauda serta ditambah nilai dengan perahan segar pati halia bara.

Khall Sakan Jabeen merupakan ramuan Khazanah Pemakanan Silam dan Herba Tradisional Asia Tenggara dirumus khas daripada bahan alam semula jadi yang megandungi banyak mikronutrien bersifat antioksida terdiri dari vitamin dan mineral bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia serta membantu mencegah kolesterol dan penyakit jantung.

“Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendaki-Nya. Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas dalam al-quran. Allah SWT telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak bukan sahaja kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan.

ISI KANDUNGAN

MANFAAT BAHAN

FAKTA NUTRISI

 

CARA PENGAMBILAN

SARANAN :

  • Goncang sebelum guna. Minum 1 sudu besar secara terus atau campurkan dengan segelas air suam. Sedap dihidang sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
  • Pengambilan adalah semasa perut kosong atau untuk pengguna yang mengalami masalah gastrik perlu diambil selepas makan dan amal dengan secara istiqamah.
  • Dimulakan dengan basmallah, selawat dan doa untuk kesembuhan. Insha Allah

CARA PENYIMPANAN

 

PENGIKTIRAFAN

SOALAN LAZIM

Berapa ml sebotol dan berapa sachet bagi travel pack?
BOTOL: Terdapat dua kandungan iaitu 500ml dan 250ml bagi setiap botol Sakan Jabeen.
TRAVEL PACK: 15 sachet bagi sekotak travel pack dan setiap sachet 20ml

Berapa bulan penggunaan bagi sebotol dan sekotak travel pack?
BOTOL: Jika pengambilan sehari sekali dengan sukatan 15ml bagi setiap pengambilan, cukup untuk kegunaan 33 hari bagi botol 500ml manakala 16 hari bagi botol 250ml
TRAVEL PACK: Jika pengambilan sehari satu sachet cukup untuk kegunaan 15 hari

Untuk yang ambil ubat bolehkah amalkan Sakan Jabeen?
Kalau ada ambil ubat hanya perlu jarakkan 30 minit masa pengambilan antara ubat dan Sakan Jabeen.

Untuk yang ambil makanan tambahan (suplemen) lain boleh makan sekali dengan Sakan Jabeen?
Boleh tiada masalah kerana makanan tambahan dari bahan alami jadi boleh diamalkan serentak pada satu masa.

Bagi yang ada masalah gastrik boleh amalkan Sakan Jabeen ini? Sebab Sakan Jabeen gabungan cuka buah kan?
Ramai yang beranggapan pengambilan cuka boleh merosakkan lapisan dinding perut dan tidak sesuai bagi pesakit GASTRIK. Cuka adalah agen pembunuh bakteria Helicobacter Phylori yang menjadi menjadi punca utama kepada masalah gastrik dan ulser perut.

Adakah Sakan Jabeen ada gula tambahan?
Tiada gula tambahan dalam Sakan Jabeen. Maksud ‘sugar’ yang tertera pada kotak ialah rasa manis berasal dari madu asli yang membekalkan gula kompleks, mineral dan enzim. Jadi selamat untuk diambil bagi yang bermasalah seperti Diabetes.

Bagaimana cara penyimpanan Sakan Jabeen?
Boleh disimpan dalam suhu peti ais atau suhu bilik. Namun digalakkan untuk disimpan di dalam peti ais agar lebih enak. Elakkan pertukaran suhu antara suhu peti ais dan suhu bilik yang terlalu lama.

Bagi ibu yang menyusukan anak boleh amalkan Sakan Jabeen?
Pada ibu yang menyusu amatlah baik untuk amalkan Sakan Jabeen kerana 4 cuka buah bersama pati buah kurma dan madu asli ada dalam Sakan Jabeen ianya dapat membantu melancarkan dan menambahkan lagi susu ibu dan membuatkan susu ibu menjadi lebih berkualiti dan berkhasiat untuk anak.

Bagaimana pula bagi ibu yang baru melahirkan anak (dalam pantang)?
Keistimewaan 4 cuka buah yang ada dalam formulasi Sakan Jabeen amat sesuai dan baik untuk ibu yang dalam pantang, mebantu mengecutkan rahim juga bertindak sebagai agen mencuci darah kotor dalam tubuh juga memberi tenaga pada ibu yang lemah.

Semasa proses pengambilan Sakan Jabeen ini perlu berpantangkah?
Untuk mendapatkan kesihatan yang optimum seseorang itu perlu berdisiplin dalam menjaga polar pemakanan harian. Unit penasihat Kesihatan nr-bashirah akan panduan kesihatan beserta info.

Bagi yang tiada masalah kesihatan boleh amalkan Sakan Jabeen ini?
Untuk kekal sihat badan seseorang memerlukan sumber makanan yang berkhasiat dan dalam masa yang sama digalakkan untuk menjadi amalan harian supaya tubuh kita kuat untuk melawan penyakit yang berjangkit kerana formulasi Sakan Jabeen ini mengandungi mikronutrien bersifat antioksida terdiri dari vitamin dan mineral yang baik untuk semua tubuh.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SAKANJABEEN 15 SACHET”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Assalam. Terima kasih kerana berminat dengan produk nr-bashirah. Boleh kami bantu tuan/puan?
Powered by