STEVIA PENGGANTI GULA RENDAH KALORI

Banner Sakan Stevia

Ekstrak stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis.

Bahan yang menghasilkan rasa manis pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Sakan Stevia hanya bahan pengganti gula yang digunakan dalam makanan dan minuman secara harian . Juga, sebagai langkah awal untuk anda sedikit demi sedikit mengurangkan rasa ketagih pada gula.

Ramai yang salah anggap tentang stevia. STEVIA bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetis. Pandangan ini perlu diubah supaya tiada kekeliruan yang berlaku pada manfaat stevia.  

Dapat disimpulkan bahawa stevia adalah alternatif yang baik untuk dapatkan rasa manis dalam makanan dan minuman, dengan lebih sihat.

RASA MANIS TANPA RISAU KALORI

Pernahkah kita rasa ketagih dengan rasa manis? Beberapa kali nak elak makan atau minum yang manis, tapi tak semudah yang disangka.

Inilah yang dikatakan KETAGIH MANIS.

Ketagih manis ini jika tidak dirawat dengan baik akan mengundang penyakit diabetis. Penyakit diabetis adalah penyakit yang datang kepada mereka yang mempunyai tabiat ketagih manis ini.

Atasinya dengan menggantikan gula putih dengan Sakan Stevia. Ambillah Sakan Stevia untuk kesihatan yang lebih baik.

Sakan Stevia diperbuat daripada ekstrak daun stevia 100% tanpa bahan campuran lain kecuali air RO. Sakan Stevia adalah alternatif gula pasir yang mengandungi kadar kalori yang tinggi. 

SELAMAT TINGGAL GULA PUTIH

Gula putih memang mudah didapati. Setiap makanan dan minuman yang kita ambil, pastinya ada kandungan gula tersembunyi yang kita tidak ketahui.  

Sama ada kita sedar atau tidak, ini mengundang bahaya pada kesihatan. Gula putih yang diambil kerap akan mengurangkan atau memusnahkan imunisasi tubuh badan. Atas faktor inilah, badan mudah dijangkiti sakit-sakit kronik seperti diabetis dan kanser.

Gantikan gula putih dengan stevia. Stevia mempunyai rasa berganda manis, namun kandungan kalorinya adalah rendah. Stevia adalah pilihan terbaik untuk menggantikan gula putih.

JAHATNYA GULA PUTIH JIKA DIAMBIL SECARA BERTERUSAN TANPA KAWALAN

Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Tanpa kita sedari, gula tersembunyi banyak terdapat dalam makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari.

Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Minuman 3 dalam 1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman mungkin mengandungi 12 sudu  teh gula. Ini sangat berbahaya jika tiada langkah untuk mengurangkan ketagih pada minuman sebegini.

Jika anda suka kepada rasa manis, gantikan gula dengan STEVIA. Stevia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai daun yang sangat manis dan berasal dari keluarga bunga matahari (Asterecea).

SI MANIS STEVIA UNTUK KESIHATAN LEBIH BAIK

Anda sukakan rasa manis? Setiap hari pasti teringin makanan dan minuman manis. Jika tidak ambil dalam sehari, pasti ada yang tak kena.

Jika anda pernah rasa sebegini, anda sepatutnya risau dengan keadaan kesihatan anda.

Hal ini kerana ketagihan manis ini bukan satu isu kecil. Isu ini jika tak diambil berat mengundang sakit kencing manis yang digeruni ramai.

Si ketagih manis tak perlu risau lagi. Dengan adanya Sakan Stevia, dapat membantu mengatasi rasa takut dan gerun dengan gula putih.

Sakan Stevia mengandungi kalori rendah yang tidak memberi kesan kepada tahap gula dalam darah kerana kandungan kalorinya sangat rendah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on print
Print
Share on email
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Assalam. Terima kasih kerana berminat dengan produk nr-bashirah. Boleh kami bantu tuan/puan?
Powered by