terma &

SYARAT

HAK CIPTA

Syarikat MB Solution (M) Sdn Bhd mempunyai hak untuk menukar dan mengemaskini segala isi kandungan dalam laman website nrbashirah.com tanpa sebarang notis yang mana mungkin berubah atau padam pada bila-bila masa.

PEMBELIAN

  • Anda hendaklah memastikan dan mengesahkan produk serta kuantiti yang dipesan, alamat penghantaran, nombor telefon, cara penghantaran & kaedah pembayaran yang dipilih adalah betul & tepat mengikut pengesahan pesanan.
  • Fungsi pembayaran kami sediakan adalah menggunakan Online Payment Gateway dan caj pengendalian samaadan anda menggunakan Kad Kredit/Debit adalah ditanggung oleh syarikat.
  • Anda bersetuju untuk membayar caj penghantaran syarikat kurier (caj penghantaran akan tertera semasa proses akhir pembelian shopping cart) berdasarkan kuantiti berat keseluruhan pesanan.
  • Anda bersetuju bahawa pesanan atas talian anda adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain selepas pembayaran dibuat.

PENGHANTARAN

  • Anda bersetuju dengan jadual penghantaran ke daerah setempat dan kawasan bandar di Semenanjung Malaysia, jangkaan penerimaan 2-7 hari bekerja dari tarikh pesanan. Manakala ke Sabah dan Sarawak, jangkaan penerimaan 3-10 hari bekerja dari tarikh pesanan. Jangkaan tambahan 2 ke 3 hari sekiranya penghantaran ke kawasan luar bandar.
  • Sekiranya anda memilih untuk membuat pengambilan sendiri (semasa proses akhir pembelian shopping cart), anda bersetuju untuk mengambil pesanan tersebut di Pejabat Urusan Nr Bashirah (Bangi Avenue) dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan dibuat. Sekiranya anda atau wakil anda gagal mengambil pesanan dalam tempoh tersebut, maka pesanan anda akan dibatalkan & TIADA pulangan wang dikembalikan.

PEMULANGAN

  • Pastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh 24 jam TIDAK akan dilayan.
  • Produk yang ada isu kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh pihak syarikat iaitu produk rosak (seperti kemek, bocor, pecah dan sebagainya) atau rosak semasa proses penghantaran dan produk yang telah tamat tempoh.
  • Produk yang diterima tidak menepati dengan pesanan yang dibuat, seperti mempunyai masalah kuantiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai atau rosak.
  • Sila ambil gambar produk tersebut bersama bungkusan penghantaran dan di hantar kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 010-226 7559. Manakala produk yang telah tamat tempoh perlu dikembalikan dalam bungkusan asal dengan kandungannya tidak kurang daripada 80% daripada kandungan asal.
  • TIADA pemulangan bagi kerosakan produk yang disebabkan oleh kecuaian pihak pelanggan akibat daripada salah pengendalian atau penyimpanan.
  • Pemulangan wang tunai TIDAK dibenarkan sama sekali. 
1
Assalam. Terima kasih kerana berminat dengan produk nr-bashirah. Boleh kami bantu tuan/puan?
Powered by